Skip to content

Portal Kastam Diraja Malaysia,Kedah | Royal Malaysian Customs,Kedah's Portal

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color orange color green color
You are here: Muka depan
Sambutan Hari Raya Aidiladha 1432 H
Ditulis oleh Khiril Anwar Lat   
Sunday, 20 November 2011

Sempena Hari Raya Aidiladha 1432 H, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kedah, telah mengadakan ibadat korban. Majlis berlangsung pada pagi Selasa, 8 November 2011 bertempat di perkarangan Pejabat Korporat dan Latihan ,Kompleks Kastam Alor Setar.
Sebanyak 2 ekor lembu telah di korbankan.Majlis turut disertai Badan Kebajikan Islam Kedah (BAKISKA) yang telah menyumbangkan salah satu daripada 2 ekor lembu tersebut.
Kakitangan Kompleks Kastam juga turut mengambil peluang ini dengan mengadakan ibadat aqiqah dan korban.
Sempena sambutan ini juga, telah diadakan Majlis Program Nilai-Nilai Murni yang bertempat di Dewan Mesra, Kompleks Kastam pada jam 10.00 pagi. Program bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Juara Akademi Al-Quran Musim Kedua Astro.Kemudian persembahan Nasyid dari pelajar Sekolah Rendah Islam Darulaman, Alor Setar.Acara berakhir dengan ceramah agama oleh penceramah jemputan.
Sebaik tamat Program Nilai-nilai Murni, Pengarah Kastam Negeri Kedah telah meyampaikan dan mengagihkan daging korban kepada fakir miskin,ibu tunggal dan anak-anak yatim dari sekitar Alor Setar.Majlis berakhir dengan jamuan makan yang bertempat di perkarangan pejabat Korporat dan Latihan dan disertai oleh warga Kompleks Kastam bersama ahli keluarga dan tetamu-tetamu yang hadir.


Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 22 November 2011 )
 
PKN BERKURSUS
Ditulis oleh Khiril Anwar Lat   
Wednesday, 21 September 2011
Pengarah Kastam Negeri Kedah, Dato' Abd. Aziz bin Abdul Latif telah menghadiri kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Utama atau Advanced Leadership And Management Program (ALMP) Bil. 4/2011.
Kursus berlangsung dari 19 September 2011 hingga 14 Oktober 2011 bertempat di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Sepanjang tempoh itu, Timbalan Pengarah Kastam dan Cukai Dalam Negeri, Tuan Saidi Bin Ismail akan memangku jawatan Pengarah Kastam Negeri Kedah.
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 21 September 2011 )
 
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
Ditulis oleh Khiril Anwar Lat   
Tuesday, 13 September 2011

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam yang ke-23, peringkat negeri Kedah telah diadakan pada 5 dan 6 September 2011 bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darulaman Alor Setar Kedah.
Konvensyen yang merpertandingkan dua kategori iaitu pengurusan dan teknikal, telah disertai sebanyak 11 kumpulan yang mewakili pelbagai agensi kerajaan seperti Kumpulan Phoenix dari Kolej Matrikulasi Kedah,Kumpulan Transformer dari Majlis Perbandaran Kulim,Kumpulan Nukleus dari Hospital Kulim dan banyak lagi.
Kastam Kedah telah diwakili oleh Kumpulan BKH 1 dari Kastam Bukit Kayu Hitam.
Kumpulan Prostar dari Jabatan Penjara Alor Setar telah menjadi juara keseluruhan konvensyen kali ini.
Berikut maklumat mengenai Kumpulan BKH 1.

KUMPULAN BKH 1

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia

Bukit Kayu Hitam , Kedah.

 

1.Tajuk Projek : Pelepasan Borang K8 Yang Bertindih Di Stesen Bukit Kayu Hitam.

 

2. Huraian Projek : Dagangan boring K8 outgoing ke GBA akan diikrar dan dilepaskan dengan status “Temp. Release” di unit Import JKDM BKH.Dagangan yang sama akan diikrar sekali lagi selepas diterima di GBA dalam masa 24 jam melalui boring K8 outgoing ke stesen penerima dan dilepaskan dengan status “Temp. Release” di unit GBA JKDM BKH untuk kali ke-2.

 

3. Fasilitator Kumpulan : Puan Natrah Binti Abdullah

 

4. Ketua Kumpulan :  Tuan Ajis Bin Ahmad

 

5. Ahli Kumpulan :  Tn. Syed Shamsul Nahar Bin Syed Omar Farouk

                                 Pn. Anita Binti Munawar

                                 Pn. Nazliyah Binti Md. Saad

                                 Pn. Norazzura Binti Jamer

                                 Pn. Emilia Binti Yusoff @ Md. Yusoff

                                 En. Md. Helmi Bin Mat Isa

                                 En. Khairul Azzaha Bin Ahmat Kamal

 

6. Pegawai Penyelaras : Tuan Mohd Shokri Bin Yahya

 


Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 13 September 2011 )
 
Lagi...
<< Mula < Seb 1 2 3 4 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 4 terhadap 16

Statistik Penting

Click on image
|| 27 Jamadil Akhir 1433 Hijriah
Best view: IE 1024x768. No hacking please! You are connecting to this site from: 38.107.179.227
Jamadil Akhir
27
Sabtu
1433 HIJRAH

Penghayatan Al Quran

Surah As-Saffat 37 Ayat : 167
Sesungguhnya mereka benar-benar akan berkata:

Login Form






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

customskedah webmail

Nama Pengguna
Kata laluan

Langgan Newsletter

Sila masukkan alamat email anda






Who's Online

Kami ada 1 tetamu online