|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Sunday, 30 August 2009 |
|
Muka 2 terhadap 2 “Sindiket terbabit akan merayu berulang kali kepada mangsa menolongnya menjelaskan bayaran itu untuk proses pelepasan barang berkenaan. “Selain menggunakan nombor resit dan nombor rujukan palsu, sindiket turut menggunakan kepala surat dan nama Ketua Pengarah Kastam untuk meyakinkan mangsa menyerahkan bayaran,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Khazali berkata, selepas mangsa memasukkan wang bayaran pelepasan ke dalam akaunnya, ejen terbabit terus gagal dihubungi.
Menurutnya, pihaknya menerima banyak lagi aduan membabitkan penipuan menggunakan Internet yang mula bergerak aktif sejak beberapa bulan lalu.
Selain itu, terdapat juga sindiket yang menggunakan logo dan kad kuasa KDRM serta penyamaran sebagai pegawai jabatan berkenaan.
“Orang ramai perlu berhati-hati taktik digunakan sindiket dan individu tertentu yang menggunakan nama individu dan jabatan untuk menipu,” katanya.
Sebelum itu, beliau hadir dalam Majlis Penyampaian Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Kumpulan Sokongan di sini semalam.
Seramai 1,710 pembantu penguasa kastam dan anggota sokongan perkhidmatan KDRM menerima kenaikan pangkat membabitkan 14 skim perkhidmatan berkuat kuasa pada 1 Julai lalu.
Kenaikan itu susulan pengumuman kerajaan berhubung kenaikan pangkat pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dalam skim perkhidmatan semasa KDRM.
|