multimedia
Video Korporat
Preview KDRM Kedah | MALAM APRISIASI JKDM KEDAH |
|
|
|
| Ditulis oleh Fairuzi/ckl | |
| Tuesday, 12 January 2010 | |
|
Pada 10 Januari 2010 bersamaan 24 Muharam 1431H JKDM Kedah telah mengadakan `Majlis Malam Aprisiasi` bagi merai dan mengenang jasa dan khidmat bakti Warga JKDM Kedah yang telah bersara pada tahun 2009.Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan yasin dan tahlil. Selesai solat isyak berjemaah majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Pegawai Kastam En. Azlisyah bin Baharom yang juga diraikan kerana akan bertukar jawatan sebagai Pendidik DG41 di sebuah sekolah di Perlis. Ucapan terima kasih dan perpisahan disampaikan wakil pesara jabatan Tn. Jamil bekas Penolong Penguasa Kanan Kastam. Yang berbahagia Tn. Hj Saadon bin Mohd Dross , Pengarah Kastam Negeri Kedah semasa ucapan balasnya mengucapkan selamat bersara dan mengalu-alukan kunjungan pesara-pesara jabatan bila-bila masa ke Kompleks JKDM Alor Star. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak jabatan kepada warga JKDM yang bersara dan juga kepada NGO Jabatan dan warga JKDM yang telah menyumbangkan wang ringgit dan tenaga bagi menjayakan majlis Malam Aprisiasi tersebut. Majlis dimeriahkan dengan acara `Cabutan Bertuah`,berupa barangan elektrik,perkakas memasak dan hadiah utama berupa sebuah basikal.Semua warga dihiburkan dengan alunan nasyid daripada kumpulan nasyid Sekolah Agama Dehrang, Kubang Pasu, Kedah.Turut serta saudara Idham Pegawai Kastam Kanan dari stesen Langkawi telah mendeklemasi sebuah sajak mengimbau kenangan pahit manis perasaan warga JKDM mengharungi kehidupan didalam jabatan serta mengingati sejarah Perkastaman Kedah. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati kepada pesara-pesara jabatan.Jasa serta khidmat baki mereka akan tetap diabadikan didalam lipatan sejarah. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Thursday, 14 January 2010 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| Syawal |
| 1 Jumaat |
| 1431 HIJRAH |
Sila masukkan alamat email anda
