multimedia
Video Korporat
Preview KDRM Kedah | SIDANG MEDIA RAMPASAN ROKOK DI KUALA KEDAH |
|
|
|
| Ditulis oleh Zainudin | |
| Tuesday, 29 June 2010 | |
|
SIDANG MEDIA RAMPASAN ROKOK DI KUALA KEDAH Sidang Media Rampasan Rokok yang berlangsung pada 5 Mei 2010 yang dipengerusikan oleh Pengarah Kastam Negeri Kedah, Tuan Saadon B. Hj. Mohd Dros telah berlangsung di Dewan Mesra, Kompleks Kastam Diraja Malaysia, Alor Setar, Kedah. Pengarah KDRM negeri, Saadon Mohd Dros berkata, seorang pemandu lori berusia 30-an ditahan selepas pihak kastam menemui 1,498 rokok putih Bingo disembunyikan di sebalik dinding dan lantai khas yang diubah suai menggunakan papan lapis dalam lori yang dipandunya. Katanya, rokok bernilai RM19,773 dengan nilai cukai RM134,274 itu dipercayai dibawa dari Pulau Pinang menggunakan lori yang diikrar menggunakan Borang Kastam 3. "Lelaki itu ditahan di Jalan Kuala Kedah dekat sini dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan bon selepas disoal siasat. "Kes ini disiasat mengikut seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana dengan disedari mengangkut barang-barang berduti, barang-barang belum lulus kastam atau larangan dengan niat memfraud kerajaan terhadap apa-apa duti ke atasnya, atau mengelak daripada mana-mana peruntukan akta ini," katanya. Tidakan penyeludup yang ingin mengaburi mata anggota kastam yang bertugas akhirnya berjaya ditumpaskan. |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| Ramadhan |
| 28 Selasa |
| 1431 HIJRAH |
Sila masukkan alamat email anda
