multimedia
Video Korporat
Preview KDRM Kedah | Perhimpunan Setia Dan Mesra Bulan Mei Dan Jun |
|
|
|
| Ditulis oleh Zainudin | |
| Tuesday, 29 June 2010 | |
|
Perhimpunan Setia dan Mesra Bulan MEI & JUN telah diadakan pada 23 JUN 2010 yang bertempat di Laman Setia, Kompleks Kastam Diraja Malaysia, Alor Setar, Kedah. Perhimpunan tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa dan lafaz ikrar integriti. Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat daripada Pengarah Kastam Negeri Kedah, Tuan Saadon bin Hj. Mohd. Dros. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan pelbagai agenda menarik diantaranya ialah Laporan Aktiviti Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Kedah Bulan Mei/Jun2010, Penyampaian Watikah Perlantikan Kenaikan Pangkat Gred W48, W44 dan W22, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009, Ceramah Nilai-Nilai Murni yang disampaikan oleh Ustaz Fadzil dengan ceramahnya yang bertajuk Penggunaan Minda/Akal Untuk Memajukan Kerjaya, penyampaian pegawai terbaik bulanan dan penyampaian kad ucapan hari lahir bagi pegawai yang menyambut hari lahir pada bulan Mei dan Jun.Perhimpunan Setia dan Mesra ini akhirnya melabuhkan tirainya pada pukul 12.30 tengahari. Majlis ini pasti tersemat 1001 nostalgia indah.
|
| Seterusnya > |
|---|
| Ramadhan |
| 28 Selasa |
| 1431 HIJRAH |
Sila masukkan alamat email anda
